TERMS AND CONDITIONS

  1. Pengenalan

Terma dan Syarat Standard yang terdapat di dalam laman web ini akan digunakan dalam menentukan penggunaan anda dalam melayari dan mengaplikasikan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk menerima semua terma dan syarat yang telah ditentukan. Anda dilarang menggunakan laman web ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma dan Syarat Standard laman web ini.

Individu berumur 18 tahun ke bawah adalah dilarang dari menggunakan laman web ini.

  1. Hak Harta Intelek

Selain daripada kandungan yang anda miliki, di bawah Syarat ini, Rangkaian Usahawan Muda dan/atau pemberi lesennya memiliki semua hak-hak harta intelek dan bahan-bahan yang terkandung di dalam laman web ini.

Anda diberi lesen terhad hanya untuk tujuan melihat bahan yang terkandung dalam laman web ini

  1. Sekatan

Anda adalah disekat dari melakukan perkara-perkara berikut

  • menerbitkan sebarang material dari laman web ini dalam mana-mana media lain;
  • menjual, memberi perlesenan dan/atau mengkomersialkan mana-mana material dari laman web ini;
  • menunjukkan dan/atau mempersembahkan mana-mana material dari laman web ini secara umum;
  • menggunakan laman web ini dalam apa-apa cara yang boleh merosakkannya;
  • menggunakan laman web ini dengan apa-apa cara yang boleh mendatangkan kesan terhadap akses pengguna ke laman web ini;
  • menggunakan laman web ini bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, atau dalam apa-apa cara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada laman web ini, atau mana-mana individu atau entiti perniagaan;
  • melibatkan diri dalam aktiviti mengekstrak dan/atau mencuri data atau lain-lain aktiviti sepertinya yang berkaitan dengan laman web ini;
  • menggunakan laman web ini bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Sebahagian laman web ini adalah dihadkan daripada diakses oleh anda dan Rangkaian Usahawan Muda mempunyai hak untuk menyekat hak akses anda ke mana-mana bahagian laman web ini, pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis, mengikut budi bicara mutlaknya. Sebarang ID pengguna dan kata laluan yang anda miliki untuk laman web ini adalah sulit dan anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut.

  1. Maklumat Anda

Di dalam Terma dan Syarat Standard laman web ini, “Maklumat Anda” merujuk kepada sebarang audio, teks video, imej, atau bahan-bahan lain yang anda pilih untuk dipaparkan di laman web ini. Dengan memaparkan Maklumat Anda, anda bersetuju untuk memberikan perlesenan sub tidak eksklusif yang tidak boleh ditarik balik di seluruh dunia kepada Rangkaian Usahawan Muda untuk mengunakan, mengeluarkan semula, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, dan mengedarkan maklumat berkenaan di mana-mana media.

Kandungan dalam Maklumat Anda mestilah kepunyaan anda sendiri dan tidak melangar mana-mana hak pihak ketiga. Rangkaian Usahawan Muda berhak untuk mengeluarkan mana-mana kandungan dalam Maklumat Anda pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

  1. Tiada Jaminan

Laman web ini disediakan “seperti seadanya”, dengan segala kesalahan, dan Rangkaian Usahawan Muda tidak menyediakan sebarang perwakilan atau jaminan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan laman web ini atau maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya. Juga, tiada sebarang maklumat di dalam laman web ini yang ditafsirkan sebagai menasihati anda.

  1. Had Liabiliti

Rangkaian Usahawan Muda atau mana-mana pegawai, pengarah, dan pekerjanya tidak akan dipertanggungjawabkan dalam apa-apa keadaan bagi sebarang isu yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini oleh anda, trmasuklah sekiranya liabiliti tersebut adalah dibawah kotrak. Rangkaian Usahawan Muda serta pegawai, pengarah, dan pekerjanya tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk sebarang liabiliti tidak langsung, berbangkit, atau khas yang timbul yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini oleh anda.

  1. Ganti Rugi

Anda dengan ini menanggung rugi sepenuhnya Rangkaian Usahawan Muda daripada dan terhadap segala liabiliti, kos, tuntutan, kuasa tindakan, kerosakan dan perbelanjaan yang timbul dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan perlanggaran mana-mana bahagian Terma ini.

  1. Pengasingan

Jika mana-mana peruntukan Terma ini didapati tidak sah di bawah mana-mana undang-undang, peruntukan tersebut akan dipotong tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini.

  1. Pengubahan Terma

Rangkaian Usahawan Muda berhak untuk mengubah Terma ini pada bila-bila masa yang dirasakan perlu, dan sebagai pengguna, anda diminta untuk menyemak Terma ini dari semasa ke semasa.

  1. Penyerahan

Rangkaian Usahawan Muda berhak untuk menyerah, memindah, dan memberi subkontrak terhadap hak-hak dan/atau tanggungjawab dibawah Terma ini tanpa sebarang notifikasi. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menyerahkan, memindahkan, atau memberikan subkontrak mana-mana hak dan/atau tanggungjawab anda dibawah Terma ini.

  1. Perjanjian Keseluruhan

Terma ini mewakili perjanjian keseluruhan antara Rangkaian Usahawan Muda dan anda yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini oleh anda, dan ianya menggantikan semua perjanjian sebelumnya.

  1. Undang-Undang & Bidang Kuasa

Terma ini akan ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia, dan anda menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif negeri dan mahkamah persekutuan di Malaysia untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

1458total visits,1visits today