Malaysia – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Dengan merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dikuatkuasakan pada 15 November 2013, tujuan utamanya adalah untuk mengawal semua data peribadi yang diproses semasa transaksi komersial. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.pdp.gov.my

Bagi Para Pengguna Youth Entrepreneurial Network

Berdasarkan pengumuman terkini oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pihak kemeterian telah menjelaskan bahawa mereka yang memproses data peribadi dari segi urus niaga perdagangan adalah termaktub dibawah akta PDPA. Sebarang maklumat pengguna yang termasuk didalam salah satu kelas seperti yang dinyatakan di “Kumpulan Data Pengguna” adalah dikehendaki untuk mendaftar di bawah akta tersebut. Berikut adalah golongan pengguna yang terlibat:

  • Komunikasi
  • Perbankan dan institusi kewangan
  • Insurans
  • Kesihatan
  • Pelancongan & Perhotelan
  • Pengangkutan (SEMUA syarikat penerbangan tempatan di Malaysia)
  • Pendidikan
  • Jualan Langsung
  • Perkhidmatan (Perundangan, Audit, Akauntansi, Kejuruteraan, Seni Bina)
  • Hartanah
  • Utiliti
Pendaftaran

Seorang “pengguna data” (individu yang memasuki sesebuah perkongsian dibawah Akta Perkongsian 1961 adalah seorang pengguna data yang tergolong dalam kumpulan pengguna data) dikehendaki untuk mendaftar dengan PDPA dibawah Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi. Borang tersebut boleh diperolehi di HERE.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menegaskan bahawa
  1. Fasal 9(a)(i) adalah bertujuan untuk memohon perkongsian sebagai individu perundangan, yang berlainan dengan rakan individu;
  2. Keperluan untuk satu surat pengesahan daripada Majlis Peguam untuk mengesahkan bahawa status firma tersebut sebagai perkongsian telah dilucutkan. Anda adalah dinasihatkan untuk meneruskan pendaftaran tanpa perlu menyediakan surat pengesahan daripada Majlis Peguam; dan
  3. Pemilik tunggal tidak perlu mendaftar dengan Pesuruhjaya buat masa ini.
Isu Liabiliti

Semua aktiviti anda dapat dikesan melalui akaun Rangkaian Usahawan Muda anda. Tindakan ini akan dianggap sebagai dilakukan oleh anda dan anda adlaah dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas tindakan tersebut, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Rangkaian Usahawan Muda tidak akan menerima sebarang liabiliti diatas kecuaian anda.

Notis kepada pengguna Rangkaian Usahawan Muda Berkenaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Rangkaian Usahawan Muda mengaggap semua data peribadi dan privasi penggunanya sebagai penting. Oleh itu, Rangkaian Usahawan Muda mengeluarkan notis ini kepada semua pengguna yang berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Rangkaian Usahawan Muda akan mengambil tindakan (fizikal atau elektronik) yang bersesuaian dalam melindungi semua data peribadi yang diberikan, dan akan meminta pengesahan berkaitan data peribadi anda sekiranya perlu.

Database

Semua data yang telah dimuatnaik ke pangkalan data Rangkaian Usahawan Muda akan disimpan dalam tahap keselamatan yang terbaik bagi menlindungi kepentingan anda. Rangkaian Usahawan Muda tidak terlibat dalam apa-apa penjualan e-mel atau pangkalan data secara haram. Pangkalan data yang telah dimuat naik adalah bagi tujuan penghantaran e-mel kepada alamat e-mel yang anda berikan dan log aktiviti adalah disimpan bagi tujuan rekod. Tiada e-mel atau pangkalan data yang akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

1624total visits,1visits today