MISI

Untuk menghubungkan usahawan muda dengan agensi-agensi yang membekalkan kemudahan kewangan dan latihan dengan efisien.

 YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN) 

YEN adalah satu inspirasi NBOS kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu perkembangan ekonomi golongan belia. Di YEN, kami ingin menjadi sebuah pusat sehenti untuk para usahawan dan agensi untuk menyelesaikan masalah utama dalam perniagaan iaitu pembiayaan dan tenaga kerja yang berkemahiran. Kebanyakan usahawahan muda sukar mendapatkan pembiayaan kerana harus memohon kemudahan daripada agensi dan ada yang terlepas tarikh akhir memohon sama ada kerana tidak sempat atau lambat mengetahui kewujudan kemudahan tersebut. Kebanyakan agensi pula tidak mempunyai tenaga kerja untuk mencapai semua syarikat usahawan muda kerana tiada satu platform khas. Oleh itu, YEN menyelesaikan masalah ini dengan memberikan solusi dalam bentuk rangkaian maklumat serta permohonan secara atas talian melalui Portal YEN.Proses ini akan menyebabkan pertumbuhan ekosistem keusahawanan muda secara teratur di Malaysia. Secara kesuluruhannya, YEN ingin membantu kedua-dua belah pihak mencapai objektif masing-masing dan memajukan ekonomi negara.

photo971096272200116233

DAPAT MAKLUMAN APABILA ANDA DIPADANKAN DENGAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN 

Anda akan mendapat makluman melalui emel dan info di dalam aplikasi YEN apabila syarikat-syarikat anda dipadankan dengan mana-mana kemudahan kewangan atau latihan! Anda harus memastikan anda mengisi semua maklumat mengenai syarikat-syarikat anda dengan tepat kerana jika tidak, mekasnisme pemadanan YEN tidak akan berlaku dan anda akan terlepas peluang memohon kemudan-kemudahan yang mana ada antaranya yang hanya  ditawarkan dalam masa yang singkat. Oleh itu, DAFTAR sekarang, lengkapkan semua maklumat anda dan tunggu padanan berlaku dengan sendirinya!

Anda boleh melihat semua padanan-padanan kemudahan di Paparan Utama di profil anda dan terus memohon terus di situ dengan mengklik kemudahan-kemudahan tersebut. Mudah bukan?

DAPAT AKSES UNTUK MEMOHON KEMUDAHAN KEWANGAN DI HUJUNG JARI SAHAJA

Anda masih tertanya-tanya kemudahan mana yang paling sesuai dengan syarikat anda? Atau anda sudah tahu dan amat inginkan kemudahan daripada agensi itu? YEN menawarkan peluang untuk anda melihat semua kemudahan-kemudahan kewangan dan latihan yang ditawarkan oleh agensi dengan proses yang amat mudah! Cuma klik AGENSI YEN > SENARAI KEMUDAHAN KEWANGAN  dan anda akan dapat melihat kesemua kemudahan tersebut. Langkah seterusnya adalah memohon dan tunggu wakil daripada agensi tersebut untuk menghubungi anda untuk maklumat lanjut. Senang.

MOHON KEMUDAHAN LATIHAN SEKARANG

Anda ingin menghantar para pekerja anda untuk mengikuti latihan yang ditawarkan oleh agensi itu? Cuma klik AGENSI YEN > SENARAI KEMUDAHAN KEWANGAN dan lihat kesemua kemudahan latihan yang ditawarkan agensi-agensi melalui YEN. Mohon kemudahan-kemudahan tersebut dan tunggu wakil daripada agensi tersebut untuk menghubungi anda untuk maklumat lanjut. Anda juga akan mendapat makluman sekiranya syarikat anda menepati syarat-syarat yang diletakkan dalam kemudahan tersebut. Sungguh mudah!

Kembangkan Potensi Perniagaan Anda, Capaian, dan Rangkaian dengan Menyertai YEN. Jadi Usahawan Muda Terhebat! 

Daftar sekarang sebagai pengguna YEN

FUNGSI PESANAN SEGERA 

Biasa dengar PM, DM, atau SMS? Pesanan segera (instant messaging) ini berfungsi seperti yang anda bayangkan, iaitu FB Messaging. Anda ada soalan mengenai salah satu kemudahan oleh agensi? Terus tanya mereka dengan menggunakan fungsi ini. Bagaimana? Pergi ke profail agensi tersebut dan klik “Hantar Mesej.” Cepat, pantas, dan mudah.

PAPAN PERBINCANGAN

Papan perbincangan ini berfungsi sama seperti sekiranya anda biasa menggunakan forum atau Quora. Anda ada soalan? Tanya kepada semua dan tunggu balasan daripada komuniti atau tujukan khas kepada agensi-agensi tertentu. Mudah, bukan?

8675total visits,1visits today