Rangkaian Usahawan Muda atau Youth Entrepreneurial Network (YEN) adalah sebuah prakarsa kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu perkembangan ekonomi golongan belia. Di YEN, kami ingin menjadi sebuah wadah setempat untuk para usahawan dan agensi untuk menyelesaikan masalah utama dalam perniagaan iaitu pembiayaan dan tenaga kerja yang berkemahiran. Dengan YEN, anda pasti akan mendapat makluman sekiranya syarikat anda dipadankan dengan mana-mana kemudahan oleh agensi. Baca maklumat lanjut di www.yen.gov.my/mengenai-yen
Pertamanya, YEN membantu para usahawan muda untuk mencari dan memohon kemudahan-kemudahan kewangan dan latihan untuk syarikat mereka. Pendek kata, YEN membina satu jambatan antara usahawan muda dan agensi-agensi pembekal kemudahan. Keduanya, YEN membantu agensi-agensi untuk memadankan kemudahan-kemudahan mereka ke syarikat-syarikat yang melepasi kelayakan minimum. Agensi-agensi juga boleh menjemput syarikat-syarikat tersebut untuk memohon kemudahan mereka.
Rangkaian Usahawan Muda (YEN) adalah hanya untuk kegunaan golongan belia berumur 18-30 tahun sahaja. Mereka yang di luar lingkungan umur ini adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana fungsi dalam YEN seperti memohon kemudahan. Walaubagaimanapun, mereka masih boleh log masuk ke YEN sekiranya mereka mendaftar sebelum umur 30 tahun.
Ya, anda boleh mendaftar selagi anda tidak melebih had umur 40 tahun. Sekiranya anda telah melebihi had umur, anda tidak lagi akan dibenarkan untuk menggunakan mana-mana fungsi YEN seperti memohon kemudahan untuk syarikat anda. Walaubagaimanapun, anda masih boleh log masuk ke dalam YEN.
Salah satu perbezaannya adalah anda anda didedahkan dengan bermacam-macam kemudahan dan anda boleh memilih dan memohon mana-mana kemudahan yang sesuai dengan syarikat anda. Di samping itu, anda juga boleh mengikuti status permohonan anda pada bila-bila masa. Selain itu, anda boleh berhubung dengan wakil daripada agensi secara terus melalui YEN, tanpa perlu menunggu lama untuk mereka membalas emel anda. Tambahan lagi, anda anda mendapat makluman apabila syarikat anda dipadankan dengan kemudahan-kemudahan tertentu!
Ya, anda boleh mendaftarkan sebanyak mungkin syarikat yang anda mahu di bawah username anda. Syarikat anda tidak boleh mempunyai lebih daripada seorang “pemilik”; bermakna syarikat-syarikat anda hanya boleh didaftarkan sekali sahaja. Sekiranya anda ingin menukar username pemilik syarikat anda, anda boleh menghubungi kami melalui emel di support@yen.gov.my.

Walaubagaimanapun, perlu dititikberatkan di sini bahawa YEN tidak menjanjikan bahawa permohonan anda akan diluluskan atau ditolak oleh agensi. YEN hanya akan membantu sehingga proses permohonan tamat dan memudahkan perhubungan antara anda dan wakil agensi sahaja.

Dalam masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan kerana ia mengikut prerogatif agensi. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang balasan, anda boleh menghubungi pihak agensi tersebut secara terus melalui YEN dengan mengklik butang “Hantar Mesej” di profil agensi tersebut.
Ya, anda boleh memohon kemudahan tersebut. Walaubagaimanapun, pihak agensi mempunyai prerogatif utama untuk menerima atau menolak permohonan anda. Justeru, kami mencadangkan kepada anda untuk hanya memohon kemudahan-kemudahan yang padan dengan ciri-ciri syarikat anda bagi meningkatkan peluang permohonan anda dipertimbangkan atau diterima.
Anda boleh menghubungi Sekretariat YEN di 03-8871 3528 / 3277 (waktu pejabat) atau emel kepada kami di support@yen.gov.my
Kategori
1. Tahap Pembentukan
Tahap Pembentukan adalah di mana sesebuah syarikat startup mula mereka bentuk, membangunkan, dan membuat pembaharuan kepada idea awal mereka dan menukarkannya kepada produk ataupun perkhidmatan yang mempunyai model perniagaan yang kukuh di samping menentukan kesesuaian pasaran. Pada kebiasaannya, sesebuah syarikat startup menghadapi masalah dalam mencari pembiayaan dan memerlukan bantuan terbanyak terutama dalam mendapatkan kemudahan kewangan dan latihan. Tahap ini juga kadang-kadang dikategorikan sebagai beberapa tahun pertama sesebuah syarikat; walaubagaimanapun, sesetengah syarikat dapat melepasi tahap ini lebih cepat daripada sesetengah yang lain.

2. Tahap Pengesahan
Tahap Pengesahan adalah di mana sesebuah syarikat mula melakukan ujian terhadap prototaip produk mereka dengan percubaan kepada orang ramai untuk mengumpulkan maklumat bagi meningkatkan lagi kualiti produk tersebut. Produk-produk syarikat tersebut sedang berada di dalam tahap-tahap terakhir pembangunan dan syarikat tersebut sedang memikirkan mengenai memaksimumkan kecekapkan terutama dalam pengeluaran dan penjualan. Dalam tahap ini, sesebuah syarikat itu sudah berjaya mendapatkan pembiayaan tahap awal tetapi mungkin sedang mencari pembiayaan bagi mengembangkan lagi produk mereka dengan mendapatkan lebih ramai pengguna.

3. Tahap Pertumbuhan
Tahap Pertumbuhan adalah apabila syarikat tersebut sudah mempunyai produk yang mantap dan sudah menentukan sepenuhnya kesesuaian pasaran mereka. Syarikat tersebut juga sudah mula mendapatkan keuntungan dan jumlah pengguna yang ramai. Keutamaan syarikat adalah mengenai perkembangan pasaran dan mengekalkan kualiti kerana syarikat tersebut ingin mengambil kesempatan atas produk mereka yang semakin terkenal dan reputasi mereka yang boleh mengekalkan pengeluaran yang berkualiti.

1997total visits,1visits today