Pengenalan
Program JUMPER 2.0 yang dirangka oleh PUNB merupakan sebuah program khas untuk memberi pendedahan, kefahaman dan pengetahuan kepada usahawan muda Bumiputera yang berminat untuk mempelajari bagaimana untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang tinggi.

Program ini mensasarkan usahawan muda Bumiputera yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang berpotensi tinggi untuk dieksport.

Program 2 bulan ini menfokus kepada modul latihan seperti berikut:
• KM 1 : Model dan Pelan Perniagaan
• KM 2 : Sistem dan Proses Perniagaan
• KM 3 : Pengurusan Wang, Aset dan Inventori
• KM 4 : Pemasaran, Produk dan Perkhidmatan
• KM 5 : Pasukan Dinamik dan Kepimpinan
*Perlu menamatkan kesemua modul latihan
Keistimewaan
• Program latihan secara percuma bagi kesemua modul
• Mempelajari cara untuk mengurus perniagaan secara lebih sistematik
• Meneroka peluang untuk mengembang perniagaan ke peringkat lebih tinggi
• Berpeluang menjalinkan jaringan dengan usahawan Bumiputera lain dan agensi perniagaan terpilih
• Layak untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB sebanyak minimum RM100,000* setelah peserta tamat latihan
*Tertakluk kepada terma & syarat
Syarat Kelayakan
• Usahawan Bumiputera berumur 18-35 tahun
• Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan (perlu mempunyai rekod transaksi perniagaan)
• Perniagaan berdaya maju dan berlandaskan Shari’ah
• Terbuka kepada perniagaan Peruncitan, Pengedaran dan Pemborongan
• Alumni Program PUNB (Program JUMPER, MYEP, BizChallenge & lain-lain yang berkaitan) digalakkan memohon
Permohonan dibuka sekarang!
Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2019
Sila hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: jumper@punb.com.my

1188total visits,1visits today