Bertepatan dengan konsep usaha dan pengorbanan di bulan Ramadan dan meraikan kemenangan di bulan Syawal, video ini mengisahkan bagaimana seorang pemuda yang bernama Syawal di sebuah perkampungan air di Sabah berusaha gigih untuk mengumpul wang hantaran seperti yang disyaratkan oleh bapa kekasihnya.
Walaupun usaha Syawal pada mulanya nampak sia-sia tetapi berkat niat dan usahanya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, Allah tetap memberikan kebahagian yang sewajarnya kepada Syawal. Kami percaya video ini bermanfaat untuk orang ramai kerana ia memperlihatkan bagaimana dua nilai murni ini iatu menetapkan matlamat hidup yang jelas dan menjalankan usaha sebaik mungkin pasti memberikan pulangan hidup yang membahagiakan. Tonton dan muat turun video ini di linkĀ http://bit.ly/AKPKraya2018

1072total visits,2visits today