Panduan Menggunakan YEN

Mendaftar Sebagai Pengguna YEN

1. Klik “Daftar.”

1

 

2. Isikan butiran-butiran yang diperlukan dan klik atau “Daftar.”

2

 

3. Anda akan mendapat emel dan paparan berikut akan keluar. Selepas anda aktifkan akaun anda dengan mengklik pautan dalam emel tersebut, anda akan dibawa ke “Paparan Utama” di mana anda boleh mengubah maklumat profail anda, menambah syarikat, dan melihat kesemua kemudahan yang disediakan.

3

 

Mengubah Maklumat Profil YEN Anda

1. Di laman sesawang, klik “LOG MASUK” untuk masuk ke dalam aplikasi YEN.

screen-shot-2016-12-27-at-2-37-55-pm
2. Setelah anda log masuk ke aplikasi YEN, klik “Ubah Profil.” Anda boleh menambah pengalaman bekerja dan akreditasi anda. Anda juga boleh menukar kata laluan di sini.
3. Klik “Kemaskini Profil” setelah siap.

 

 

 

Menambah Syarikat

1. Setelah anda log masuk ke aplikasi YEN, Klik “YEN SAYA” > TAMBAH SYARIKAT.”
2. Isikan butiran-butiran syarikat anda. Klik “SIMPAN SYARIKAT” apabila telah siap.
3. Anda boleh melihat syarikat anda dengan mengklik “YEN SAYA > SYARIKAT SAYA.”
4. Anda boleh menambah seberapa banyak syarikat yang anda miliki. Sekarang, anda boleh mula memohon kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi melalui YEN.

Memohon Kemudahan

1. Setelah anda log masuk ke aplikasi YEN, klik “AGENSI YEN > SENARAI KEMUDAHAN KEWANGAN.”
2. Pilih mana-mana kemudahan dan klik “Lihat.” Kemudian, klik “MOHON SEKARANG” untuk memohon kemudahan tersebut.
3. Isikan butiran projek anda dan klik “Submit Application” apabila telah siap.
4. Ikuti langkah yang sama untuk memohon Kemudahan Kewangan.

Menggunakan Papan Perbincangan

1. Klik “PERBINCANGAN.”
2. (Untuk bertanya): Klik butang “Ada Soalan? Klik Di Sini.”
3. Isikan soalan anda dan klik “HANTAR.” Anda juga boleh tag agensi tertentu sekiranya soalan berkenaan berkaitan dengan agensi tersebut.
4. (Untuk menjawab/membalas): Selepas langkah 1, klik mana-mana soalan yang ingin dijawab dan hantarkan jawapan anda.

Menggunakan Fungsi Mesej Segera

1. Klik “AGENSI YEN” > “SENARAI AGENSI.”
2. Pilih mana-mana agensi dan klik “PROFIL AGENSI.”
3. Klik “HANTAR MESEJ.”
4. Isikan mesej anda dan klik HANTAR MESEJ” untuk menghantar mesej tersebut.[/fusion_text]

YEN Secretariat

YEN Secretariat

Writer at Youth Entrepreneurial Network
YEN Secretariat